Sunday, May 31, 2015

I Love Nursing Kurung by MumsLuv.

Lagi beberapa hari je Ramadhan nak datang menjengah.

Seronok pulak bila teringat bukak puasa ramai-ramai dengan famili. Meriahhhhhh!! err.. seronok, seronok jugak, puasa dah abis ganti belum, weh? *krikk krikkk krikkk*

 

Tapi dah kalau nama perempuan, 5 bulan sebelum raya dah pening dok fikir raya tahun ni nak tema warna apa, baju pesen apa, peplum ke, kain kembang payung ke, tu belum kira kuih raya, langsir raya, perabot raya, uuuuuiiiiiiii panjang berjela list nya!

 

Aku pun tak terkecuali. heh.

 

Baru-baru ni, masa window shopping online, ter-jumpa website MumsLuv, lepas tu ter-bekenan la kat koleksi raya nursing kurung moden MumsLuv ni. Cantik-cantik semuanyaaaaa! Dari mata turun ke hati, gituuu. Rambang mata nak pilih.

 

AMK03-18A-480x720AMK03-11A-480x720AMK03-05A-480x720

Shortlisted *juling mata*

 

AINY KURUNG 03

Perkara paling kritikal bila nak shopping online ni, of course la pasal size. Al-maklomlahhh, body tak berapa nak model figure, kan. Alignment dah banyak lari. Bila check sizing guide MumsLuv ni, rasa nak lompat bintang bila tengok size kite ada dalam list.

 

Taaadddaaaa!!!!

Jpeg

Jpeg

Macam mana? Comei tak kak tonnnn? heh. Yours truly in AINY Modern Nursing Kurung 03 – 13 dan Naelofar Babes & Basic (Fuchsia), ai pun taowkey Lopa sekarang ni. Kalau nak, WhatsApp eh. PM pun boleh. Drop comment kat entri ni pun boleh. Amboiii, sempat promote :p

 

Besssst sangat sebab sejukkk je. Material jenis printed high quality korean lycra. Cantik terletak je. Tak melekap, tak jarang. Dan, faktor terrrr-palinggg best semestinya tak perlu digosok. Sejak beranak-pinak ni, part menggosok baju lah yang aku paling tak suka, tau. Kalau boleh, nak ada semua koleksi nursing kurung MumsLuv ni. Bahagia mak. Part nursing access pulak, cuma tarik dan selak je. Tak payah nak terkial-kial bukak butang atau zip. Anak menangis nak susu, selak dan zassss je sua. Sorrggaaa.

 

Benda best memang perlu dkongsi, kan?

image

Selain website, nak tengok koleksi Mumsluv kat Facebook MumsLuv dan Instagram (MumsLuv) pun ada. Kot-kot ada extended discount ke? Jimaaatttt belanja baju raya *hasutan tahap dewa*

 

 

HER : Perlu tailor URGENT untuk jahit baju raya kami anak-beranak. Last minute dapat sponsor kain. Area sini semua dah taknak ambik. Sesiapa ada contact, let me know ok.

No comments:

Post a Comment

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.