Tuesday, June 9, 2015

Hari Minggu #16 : KL Bird Park.

Cerita tahun lepas ni.

Masa Aisya baru mula berjalan, umur 9 bulan kalau tak silap.

Saja nak bagi idea kot korang tengah tercari-cari tempat nak bawak anak-anak jalan ke mana sempena cuti sekolah ni, kan. Tak payah nak Paris London sangat lah fefeeling Che Ta, kat Malaysia pun macam-macam ada. Tinggal nak pergi ke tak, je. heh.

 

P1090592

KL Bird Park, it is! "World's Largest Free-flight Walk-in Aviary".

Macam biasa, kami ni kalau nak berjalan, main redah je. Takde planning sangat. Sebab kalau beriya sangat, selalunya tak menjadik. Ini pun kes aku kena outstation few weeks in a row, tu yang nak qada’ masa dengan family, kena lah bawak berjalan tempat special sikit.

 

P1090602P1090601

Memang besar sungguh hah tempat ni! Letih jugak nak habiskan round. Lepas tu, Alfiy dan Aisya memang seronok laaa manjang pi kejar burung-burung yang bebas berjalan terbang sana-sini. Mula-mula je macam takut, lepas tu, masing-masing excited.

 

P1090607

Cik merak sombong, takmo kembang ekor! Aku dah jalan jauh sikit, baru lah dia dengan penuh bangga kembangkan ekor dia yang cantik menawan tu.

 

P1090608P1090609

Kalau memang jenis minat burung, berbaloi sangat lah datang KL Bird Park ni. sebab segala macam jenis tok nenek burung ada kat sini termasuklah ayam. Siap boleh bagi makan kat burung-burung yang berjalan bebas kat taman ni. Kalau ada yang tanya mana lagi best, zoo ke KL Bird Park, obviously zoo akan menang for varieties of animals. Tapi, dah nama pun bird park, memang bird sesaja lah, kan.

 

P1090611P1090612

Kalau masuk taman macam ni, biasakan diri untuk terus mintak brochure atau pamphlets yang ada senaraikan jadual aktiviti sepanjang hari. So, takde lah terlepas any shows yang special.  

 

P1090619P1090615

Anak-anak memang confirm seronok pergi sini sebab bebas berjalan sana-sini. Takde siapa nak halang. Cuma kawasan agak berbukit-bukau lah, nak kena hati-hati jugak kot diorang sibuk nak berlari je. Dalam KL Bird Park ni pun tak berapa panas sangat sebab banyak pokok-pokok dan dipasang jaring ala sunshades tu. Memang redup je lah bila berjalan dalam kawasan ni.

 

P1090622P1090625

Tengok parrot bawak kereta dan buat persembahan circus.

 

P1090630P1090636

Ini hatching station. Tempat demonstrasi penetasan telur burung. Kebetulan masa kami datang tu, ada sebiji telur ayam sedang menetas. Terkagum-kagum aku dengan Alfiy tunggu anak ayam tu keluar dari telur. Comelllll sangatttt. Satu pendedahan yang bagus la untuk anak sebaya Alfiy sebab dia ada belajar basic Science kat skool. So, dia boleh relate teori yang dia belajar dan tengok secara live.

 

10645063_10152442450168752_564984217439811834_n

Last but not least, family photo for the album!

Alfiy sendiri yang request nak pegang parrot color blue, katanya. Berat weh. Kuku pun tajam tu. Berani betul dia. Aku dengan Cfu pulak muka cuak takut ada burung terberak atas kepala :p

 

Mama’s Tips :

  1. Harga tiket dengan Mykad  RM 27 dewasa, RM 13 kanak-kanak. Check website KL Bird Park untuk current promotion. Masa kami pergi tu, ada promosi buy one free one tiket. Macam sekarang ni, siap ada collaboration promotion dengan AEON dan Metrojaya, so sesiapa ada kad diorang, boleh dapat special diskaun.
  2. Bawak stroller jugak standby kot-kot anak dah letih berjalan sebab kawasan taman ni memang sangat luas.
  3. Kalau nak bergambar kat Photo Booth macam kami satu family tu, dalam RM 30 kot siap printing + frame sekali. Nak ambik gambar pakai kamera sendiri pun boleh tapi ada charge RM 10 kalau tak silap. Lupa dah.
  4. Dalam ni ada café, tapi macam biasa, mahal sudah semestinya. Setakat buat alas perut, boleh lah. Bawak bekal snek dan botol air besar (gerenti dahaga punya) dari rumah siap-siap. Jangan bawak nasik lemak macam nak berkelah pulak, mau kena halau dengan pak guard nanti.

2 comments:

  1. ahah teringat pegi sini.tau2 ade tahi burung kt stroller Fawwaz and die nyaris nak ambik pakai jari..mujur nampak!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha sama macam Aisya! Pantang nampak something, semua pun dia nak 'test' pakai mulut. Sabaaaar je lah.

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.