Tuesday, June 22, 2010

Carca Marba dan Penuh Pancaroba.

Nak habis bulan Jun dah ye?

Kemain bersawang lagi xeatopia nih. haih.


Terlalu banyak krisis berlaku sepanjang bulan ni. Sampaikan nak cerita satu-satu pun aku macam tak larat. Tapi mengenangkan peristiwa ni mungkin boleh dijadikkan pengajaran buat diri sendiri dan kamu; yang tak pernah jemu mengharap entri baru dari blog ni, terimalah..


1 Jun 2010.

Ulangtahun kelahiran aku yang ke-26.


Beberapa hari lepas bergegas pulang ke Terengganu setelah terima panggilan kecemasan yang Ayah mertua kena serangan jantung, aku berkampung pulak kat IJN.


Pembedahan pintasan jantung perlu dilakukan serta-merta. Satu hari suntuk jugaklah kami anak-beranak menunggu kat luar bilik pembedahan sampai selesai. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan selamat. Tapi, luluh jugak rasa jiwa raga bila pertama kali lihat keadaan Ayah mertua kat wad kecemasan masa tu. Tuhan je yang tahu.


Dan, sampai bila pun kami takkan lupa tarikh keramat ni.


SJMC 041

Institut Jantung Negara (IJN).

 

Nak tambah drama lagi dalam entri kali ni, dalam pada aku dok berulang alik ke IJN, boleh pulak satu hari tu aku pengsan lepas jaga peperiksaan amali kat kolej. Tak cukup dengan tu, muntah-muntah teruk sampai berdarah.


Terus collapsed.


Habis kecoh satu kolej ingatkan ada pensyarah dah nak beranak. Tak pasal-pasal aku terpaksa masuk wad kecemasan Hospital Kajang. Baru beberapa jam duduk situ, makin pitam dibuatnya. Mana kan tidak, keluar masuk mangsa eksiden la, kepala berdarah la, patah kaki la, histeria la. Adoiii.


Elok je Cfu datang, terus transfer aku masuk SJMC (sekarang dikenali sebagai Sime Darby Healthcare). Lega sikit rasa. Tapi, dua hari jugak lah aku kena tahan kat wad sebab dikhuatiri ada internal bleeding. Ye lah kan, muntah berdarah. Mau kau tak seram.


SJMC 011

Mujur lah hospital panel. Merasa jugak lah orang kampung macam aku ni layanan pesakit tahap artis. Baru admitted dua hari, dah kena RM 1400++ err.. terima kasih Honda Malaysia :p

 

Aku tidur kat wad sorang-sorang je.


Kesian kat Cfu sebab dia macam berbelah-bahagi antara nak jaga aku, dengan Ayah mertua yang kat IJN lagi. Aku tak kisah pun nak mengalah dalam bab ni. Aku tak sampai hati tengok Cfu berulang-alik sana sini. Aku cuma doa dalam hati agar Tuhan terus bagi Cfu kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi saat-saat getir macam ni. Semua orang memerlukan dia ketika tu.


Terima kasih, yayang.

I cinta U sampai mati.

 

SJMC 029

26 minggu.

 

Tak cukup drama lagi, Abah pulak diserang penyakit asthma. Giliran Abah pulak masuk wad sampai sepuluh hari. Bertubi-tubi Allah nak uji ketabahan hati kami sebagai anak sulung di kedua belah keluarga. Masa ni lah baru faham apa yang orang tua selalu kata, sulung kahwin sulung ni, ‘berat’.


Maka, atas keputusan bersama, kami pun bahagi dua.


Cfu perlu temankan Mak Ayah dia untuk pulang ke Terengganu selepas semua urusan pembedahan selesai. Itu tanggung jawab dia. Aku pulak, perlu balik ke Johor untuk ziarah Abah. Dalam keadaan yang tengah sarat macam ni, mana lah ada suami yang sanggup nak tinggalkan bini dia, kan? Tapi, apa boleh buat. Keadaan memaksa.


Berbakti kepada orang tua.

Insya’Allah semua urusan akan dipermudahkan.


Mujurlah aku masih punya adik-adik yang belajar kat universiti berdekatan. Boleh jugaklah jadik driver temankan aku balik kampung. Satu lagi, letih jugak mulut nak menjawab pertanyaan saudara-mara yang tak putus-putus tanya, “Balik sorang je ke? Suami mana? Tak balik tengok Abah ke?” haih. Aku cuba bagi jawapan sebaik mungkin. Harapkan orang faham.


Nak habis bulan Jun dah.


Syukur semuanya dah berlalu. Ayah mertua dan Abah semakin sihat. Aku pun, setakat ni, masih sihat dan ceria. Cuma, dah tak secergas dulu. Cepat mengah. Faham-faham je lah bila dah masuk trimester akhir ni, kan.


SJMC

Lepas ni, nak sambung semula aktiviti yang banyak tergendala. Nak luangkan lebih banyak masa berdua. Mudah-mudahan, dipermudahkan semua :)

 


HER : Lepas ni, boleh update xeatopia seminggu sekali semula, kot. Laptop aku pun sibuk nak buat drama hari tu. Tak pasal-pasal aku menangis sebaldi penuh sebab hilang semua gambar sentimental yang dah aku simpan bertahun-tahun lamanya. tsk.

17 comments:

  1. Semoga segala ujian digantikan dengan hikmah yg berganda2...

    Nurse IJN tu seiras ko lah xea...

    Panjang tul checklist... ish3x, kempislah poket suami ko 2 3 bulan ni ek...hahhahah...

    Nway, dalam sebulan jek lagi baby aku nak keluar berjumpa abi n umi dier... excited n nervous...

    ReplyDelete
  2. hectic gila!
    harap-harap awak ok semuanya ye ;)

    ReplyDelete
  3. fuh, hebat betul dugaan. nasib semua dah oke..

    ReplyDelete
  4. fuh...byk tul org sakit bln ni...huhu..aku da lali ngan pertanyaan bl blk kampung sorg2..tu sbb kekdg kalo blk kg, jgn harap aku nk g ziarah sedara-mara, puncanya mls nk jwb pertanyaan diorg n kekdg perli kite ni mcm xder perasaan...uhuhu...

    wah da ade checklist..bgs2..aku jugak x beli ape2 lg ni..hoho

    ReplyDelete
  5. alahai mmg diuji la..sabar time mengandung ni bagus..nnt ank pun sabar..tp sampai muntah darah, mmg dasat jugak tu..ape2pun take care yer xeea..

    ReplyDelete
  6. xeea punya tarikh lahir sama nurul ye 1st june?

    hrp awak tak apa2 ye.
    sihat dan berjalan lancar semuanya
    mudah2an

    ReplyDelete
  7. kak, kuatkan smgt eh? InsyaAllah semuanya akan d permudahkn lepas nie. =)

    ReplyDelete
  8. Hardoi..mcm2 hal jd!!Tp btol la nurse IJN tu seiras xeea..smoga tabah n take care okey :)
    xoxo

    ReplyDelete
  9. hei akak.. =)
    pasal gambar ilang dari laptop tu kan, cybe try dapatkan balik gune free software name "Recuva".

    cuba bace this entry;

    "http://echopunya.blogspot.com/2010/06/to-sin-yee-thanks-for-everything-baby.html".

    dia punye gambar kat camera hilang and dia boleh upload balik guna "RECUVA". but tak tau la untup laptop kan. but try la.. mane tau boleh juga. GOOD LUCK =)

    ReplyDelete
  10. ah terharu ngan citer u xeea..nilah yang dikatakan bahagian masing2 kan...takper hope everything ok :)

    ReplyDelete
  11. smoga lebih tabah hadapi dugaan2 ini xeea :)
    xeea, baby checklist tu, ambik dari mane eyh? nampak menarik :) kongsi2 kan bole? :D

    ReplyDelete
  12. tulisan still sama mcm zaman skola :)..soemoga tabah dan dikurniakan anak yg soleh/solehah dan sihat

    ReplyDelete
  13. Dugaan2 yg menimpa ni membuat kita lbh tabah. sabar menerima dugaan insyaalah...adalah habuannya tu..

    ReplyDelete
  14. tikus_tersedak_nasikJune 24, 2010 at 11:05 PM

    mabeless punya dugaan..moga tabah tempuhi.

    caner gamba bleh ilang? kalo ter delete (permanently delete), bleh amik blk lg, dun worry

    ReplyDelete
  15. rindu pd puan. dh lama tak sms & twit2. :)

    ReplyDelete
  16. hi, kakyong dtg singgah.

    la, segan nak drop kat blog kakyong? haha. eh, mana jumpa ye blog kakyong?

    hidup bila sudah berkeluarga, mmg kena pandai bahagikan masa untuk dua keluarga. supaya tiada yg terasa hati.. ;)no worry..mereka faham.

    ReplyDelete
  17. zul :
    amin. mudah2an gitulah hendaknye.

    haha. lps ko ckp, beriya aku belek semula gambar tu. ha'ah la dari tepi nampak mcm muke aku. dari depan, mau menangis misi tu kalo ko kate sama ngan aku. dia slim kot :p

    checklist wat syarat jer. tp kot2 laki aku nak tunaikan sume ape salahnye salahnye kan? gembirakan hati isteri. haha

    gluck ye abi!

    hidd :
    tu ah. tak menyempat sy dibuatnye. so far, alhamdulillah selamat semuanya.

    farah :
    sekali sekal diduga, terduduk jugak dibuatnya. syukur dah lps semuanya.

    juju :
    org tak berada kat tempat kita, ju. biasalah tu. tadah telinga, keraskan hati je lah jawabnya.

    beli sikit2 weh. barang baby adalah tidak murah, oke. aku ngan cfu mcm dah sesak nafas dah ni. huu

    k yana :
    tu lah. mintak2 lah dipermudahkan masa deliver nanti. doakan ye.

    nurul :
    yup. sama ngan nurul, kan? mommy gemini rawkkss! hee

    dG :
    thanx awak. mohon didoakan :)

    luvlikethis :
    wah! dah masuk org ke-2 yg kata seiras nih. thanx for the wishes neway.

    mia :
    windows corrupted la. nak kena format, baru boleh masuk windows.

    thanx for the tips neway. u're awesome!

    ielah :
    yup. tiap org ada bhgn masing2. yg penting, nak kena sentiasa bersyukur. tak gitu? :)

    hanie :
    checklist tu, boleh amek kat sini,

    http://www.qqbabyshop.com/article.php?id=15

    tp sy takde la beli sume pun, jadik guideline je ni.

    nadia :
    nad yod kah ini? hihi
    tulisan aku dah macam orang tua sket aa. cuba tengok betul2. thnx for the wishes neway.

    yus :
    tiap musibah, pasti ada hikmah, kan?

    tikus :
    windows corrupted. tp, my cfu ada jumpa satu software yg boleh access semula gambar2 tuh. huu

    misha :
    rindu kamu jugeeee :)
    sibuk sket la awak. plus, laptop buat hali hari tu. nti dah oke, kite roger2 balik.

    k yong :
    jumpa profile k yong kat nuffnang, tros terjebak masuk blog k yong :)

    thanx for the advice!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.