Thursday, October 22, 2009

Rasa Tak Seksi Bila Berperasaan Macam ni.

Kali ni entri emo lagi.


Habis laa kamu asal masuk sini je, emosi jadik roller coaster. Kejap emo, kejap hepi. Tapi, aku pun manusia biasa jugak, kan? Bukan robot. Kalau aku Transformers ke, takpe jugak, boleh menjelma jadik Skyline yang seksi.


Hakikatnya, aku pun punya hati dan perasaan sama macam kamu. Dijentik sikit, goyanglah dia. Dilastik batu, luka segaris. Tapi, kalau dah sampai tahap macam disiat-siat, memang cedera parah lah jawabnya. Pembedahan plastik pun belum tentu boleh rawat parut yang ada.


Aku dapat berita kurang baik daripada rakan sekerja. Pasal status borang permohonan pindah yang aku dah hantar. Sampai hati ‘orang kita’ menganiaya orang dia sendiri. huh. Malas lah aku nak ulas panjang. Kang jadik makin berang.


Percayalah.

Di sana tetap ada KARMA.


raya 179

Rindukan damai hati ini.



HER : Kalaulah boleh ulang tayang tiap perkara buruk yang kita pernah buat kat orang lain, aku nak rekod dan burn dalam DVD biar orang tu boleh tengok berulang kali dan menyesal senyap-senyap dalam hati.

6 comments:

  1. kamu asik beremosi sekarang xeea.
    relaks2.. cari masa utk berlibur ye :)

    ReplyDelete
  2. sabar ye Puan,
    mungkin ade hikmah dgn ape yg terjd.

    cube fikir kenangan yg indah pasti Puan akan berasa Gumbira...ehehe

    ReplyDelete
  3. adeh. mood roller coaster lagi? sabar yer...mungkin belum ade rezki. doa byk2 AMIN

    ReplyDelete
  4. manusia mmg begitu ada yg baik hati ada yang dengki. hrp kamu bersabar ye

    ReplyDelete
  5. ungu violet :
    biasalah awak. dah masuk tempoh pms. heh

    hantu ulam :
    tengah gembira lah ni. kalau tak, blog pun aku tak hingin nak tengok :p

    hanie :
    padahal dah lama tak naik rooler coaster. takut mabuk!

    wish me luck :)

    nurul :
    kalau manusia sume baik je, tade yg tak baik, takde lah tuhan cipta syurga dan neraka, kan?

    saloma :
    *hug hug*

    thank u awak. nanti sy belanja cekodok bilis, eh.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.