Tuesday, August 11, 2009

Tipikal dan Mual.

Kalau lah aku bunting pelamin, mungkin sekarang ni aku tengah duduk bertungku, rambut toncet tinggi, perut pakai bengkung, bertempek ubat herba kat dahi, tengah dalam pantang 44 hari. Anak aku pun dah masuk umur satu bulan lebih. Hampir jadik bayi obesiti barangkali.


image Sepuluh bulan. Satu minggu. Satu hari.


Itu ‘kalau’ lah, kan.


Hakikatnya, aku masih sendiri. Di daerah sepi ini. Bertemankan diri sendiri tanpa insan tercinta di sisi. echehceh.


Tak tahulah nak gambarkan macam mana lagi perasaan aku setiap kali bertegur sapa dengan saudara mara, kawan- kawan mahupun jiran tetangga bila sekali-sekala terjumpa. Dengan spontan tangan mereka akan singgah kat perut aku sambil bertanya,


“Dah ada apa-apa ke belum?”

Tahulah perut aku ada sedikit koleksi lemak seksi T_T


Tak cukup dengan tu, siap dicadangkan bidan terhebat kat kampung, disuruh pergi berurut, makan akar kayu itu lah, minum air ini lah, ajar kira waktu subur, pantang larang segala bagai lah.


Aku hanya mampu sengih sambil buat muka nasyid cakap,

“Belum ada rezeki lagi. Doakan lah, ye.”


haihh.


Baru sepuluh bulan,

BUKANNYA sepuluh tahun.



HER : Ni lah satu-satunya usul kes yang tak mampu nak aku hujah perdebatkan. tsk.

24 comments:

  1. lumrah manusia kan? orang kita ni memang terlbih ramah..

    1. masa solo, tanya "bila nk ada boyfriend
    2. dah ada bf, tanya "bila nak kawin?"
    3. dah kawin, tanya "bila nak ada anak"
    4. dah ada anak, tanya "bila nak tambah anak lagi?"

    sambil bila pun tak habis!!

    ReplyDelete
  2. sama la i pun dah rimas dgn semua soalan...hubby ok je tak ckp pape org lain yg sibuk..

    ReplyDelete
  3. insyallah.. ;) jgn berhenti berdoa + berusaha.

    ReplyDelete
  4. x yah ambik pot la! akak rs, better wait both of u settle down dok sebumbung. sakit tau anak pak sana sini. kl dah ada anak plak, nnt anak rapat salah, anak jarak salah. hidup kita untuk kita =)

    ReplyDelete
  5. kadang2 tension kan?
    rezeki xeea, tunggu jelah mesti ade nanti :)
    honeymoon dulu sebelum ada baby k!

    ReplyDelete
  6. soalan stended tu xeea

    kang dh ada 1 anak, soalan stended nya bila nak tambah

    sabar jerlah,kalau nak best..balas kat orang lain pulak nanti hahahhaha

    ReplyDelete
  7. idup ni penuh ngan tanda tanya...jangan amik ati kalau ada yg tanya soklan mcm tu..mereka tu mengambil berat..semoga ko dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  8. hehe.
    xeea,
    awak br 10 bulan, saya nk smpi 24 bulan dah. lg la kena tahan telinga smpi kkdg buat cam telinga tu xdengar dorg tnya.
    hihi.
    sabo ye.
    insyaallah ada rezeki nti..
    amin.

    ReplyDelete
  9. mrs syediz : saya pon sama. Dah 18 bulan. Orang tanya2 buat bodo je.
    Ini pon mujur husband dah pindah selamanya kat sini. Kalau tak sorang kat selatan sorang kat utara...

    I know how you feel babe....

    ReplyDelete
  10. soalan ni kira soalan standard..hehe..akak pon sama.tp sebelum depa tanya akak dah jawab dulu. hehe sebab soalan bocor ni sapa2 pun dah tau..ekeke

    ReplyDelete
  11. actually diorang xde mende nk tnye
    hehehehe..
    aku chek.. suke bg ayat2 positif n bermotivasi.. ahaks

    ReplyDelete
  12. don't give up dan ini dinamakan rezeki..believe in HIM..

    psst..ini mmg feveret Q utk orang kawin..

    ReplyDelete
  13. byk2kan bersabar... berdoa... org2 yg tya tu bukan aper, sajer jek nak manis mulut... nnt tak tegur susah plak...

    ReplyDelete
  14. adeyh..mcm2 ragam manusia ni yer..kang ttb kerap beranak pun ade bunyi jugak..xder ank lg pun bunyi jugak...haiya...cam ne tu yer...

    ReplyDelete
  15. aku penah dgr dlm rancangan semanis kurma, tv9..kl btl dh sedia, amalkn surah al-a'raf ayat-38 & surah yusuf ayat-18...correct me if i'm wrong...

    aku pn amalkn jgk slps tp2 solat tu..Insyaallah

    ReplyDelete
  16. kita actually ok je, tak rasa pape
    tapi bila org keliling mula tanya2
    pastu kawan2 yg kawin sama time lak dah berisi
    pastu ada lak yg menimbulkan unsur perlumbaan sape beranak dulu

    boleh buat org tertekan ok..

    cubalah paham konsep 'rezeki tu Allah yang tentukan' Bukan kita yang merancang..
    cuba letak diri sendiri kat situasi tu.. terkulat2 tak agaknya

    ReplyDelete
  17. betula xeea..sgt tipikal dan memualkan..mencik!!
    *sering nsihat dri sndri jgn wat soklan tu kt org lain*

    ReplyDelete
  18. xora :
    tu lah kan. mulut tempayan boleh jugak kita nak tolong tutupkan. mulut orang?

    suzie :
    padahal kite ok je kan. tp bila selalu sgt diasak soalan mcm tu, kdg2 rimas jugak.

    modusoperandi 111209 :
    insyaallah. aminnn :)

    tini :
    kalau boleh, mmg nak tunggu settle down dulu. baru boleh plan the next 'phase'. tp, kalau rezeki dtg awal, kami tak tolak.

    neway, thnx for the advice, kak :)

    ungu violet :
    yup. tension jugak laa. tp kejap je, pastu lupa dah.

    bia honeymoon duorang puas2 dulu kan, awak? dah ada anak nti, nak kena kelek botol susu pi honeymoon payah la pulak. hee

    yatie chomeyl :
    aii. awak pun dah kena tanya, "bila nak tambah sorang lg ke". sian baby SN. lom puas bermanje. huu

    feresa :
    betul jugak, kan. kang org tak tanya, kata orang tak pedulik pasal kita pulak. thanx neway! *hugss*

    mrs syediz :
    awak lagi la dah berbakul2 kumpul soalan camtu, kan? sama2 lah kita bertabah dan berusaha!! chaiyok! :p

    montorious wife :
    beshhnyeeee dah duduk sekali. jeles ai taww. thnak u for sharing :)

    cinta hana dan lukman :
    heee. bagus jugak tips ni. jawab dulu sebelum ditanya.

    ikanbesh :
    ha'ah kan. kire macam modal nak ajak borak la kan. huu thanx babe!

    aida :
    tak givap pun, fedap je. heee tengkiu, awakk!!

    zul :
    ye kot, kan. nanti kite pulak rasa tak dipedulikan. pray for me, okeh.

    psstt, saje nak tunggu ko kawen dulu kot. bole berbesan, nanti. heee

    cik oren :
    solution nya senang je. tutup mulut orang yg suke bertanya tu. aman dunia :p

    merah :
    so, dah berhasil ke belum? hee thnx for the tips, neway!

    dayu :
    kalau ikut situasi camtu, lagi lah kite tension, kan? inikan pulak sampai nak berlumba semua.

    rezeki masing-masing, kan :)

    luv like this :
    heee. bersedialah awak. awak pun akan hadapi situasi yg sama tak lama lagi :p

    ReplyDelete
  19. oooo sudah 10 bulan kamu berkahwin yeah. saya baru 9 bulan. tak pe InsyaAllah ada rezeki kamu nanti ye.

    ReplyDelete
  20. nak menjawab soalan sebegitu buatkan hati yang kecil ni semakin kecil kan?

    ReplyDelete
  21. nurul :
    amin :)

    hidd :
    betul. kadang2 lah tapi. mulut orang kan, awak. kite tak boleh nak tutup. negara demokrasi le katakan. semua orang bebas nk bersuara. hee

    ReplyDelete
  22. can u hit me back?
    Sy sgt9 need ur opinion on the legend water chalet tu

    nita.azlin.jaafar@simedarby.com

    thanks dear

    ReplyDelete
  23. maaf kn aku..nk betul kn doa y lepas.bukan surah al-a'raf ttp ayat-38 surah Anbiya'..ini doa Nabi Zakaria ketika memohon zuriat..
    aku pn belom berhasil lg..tp xpe.usaha+doa y ptg

    ReplyDelete
  24. anon :
    uh-oh. sorry lambat. i'm kinda bz skrg ni. will hit u back later,k.

    merah :
    thanx for the info! :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.