Tuesday, May 12, 2009

Superwoman Saya.

IMG_0190

Yang hidung pesek macam aku itu bonda; Puan Noraini Hayati, yang sepet macam Cfu itu bonda mertua; Puan Saudah.

Dua-dua, aku cinta.


Dari dulu, aku rasa pelik macam mana Mak boleh bahagi-bahagikan hati dia.


Berapa pecahannya?

1/25 kah?


Nak cinta Abah, sayang Embah dan Nyaei (tok nenek dalam versi Jawa), kasihkan kami 5 beradik, dua belas beradik kandung dia, anak-anak buah, ipar duai, anak murid lagi.


Lagi tak faham macam mana Mak boleh gagahkan diri memasak, membasuh, membuat kerja rumah semua setiap hari walaupun lepas penat bekerja. Ditambah pulak sambung belajar sepenuh masa, balik hujung minggu je, mana nak jengah sekolah, pergi kenduri kendara, ziarah anak kat asrama, hadir mesyuarat kumpulan pakatan wanita, layan anak menantu yang ngada-ngada balik sekali sekala nak makan semua benda yang Mak masak je.


pergh.


Begitu jugak dengan Mak Mertua. Sepanjang mengenali Cfu, aku kagum (walaupun kadang-kadang rimas :p) dengan perangai caring melampau dia dan tertanya-tanya dari mana datangnya. Rupa-rupanya, selain paras rupa, dia jugak banyak mewarisi sifat dan perangai mak dia. Kuat betul genetik Mok, ye.


Paling dikagumi adalah sifat penyayang Mak Mertua yang tak kenal siapa. Tak kira lah dengan anak sendiri ke, anak saudara, anak menantu, cucu saudara, hatta anak kucing pun, semua sama. Sangat terharu bila dia sentiasa anggap dan sayang aku sebagai anak sendiri, bukannya menantu. Macam mana dia bahagi-bahagikan kasih sayang dia, aku pun tak tahu.


Mereka berdua adalah superwoman.


Walaupun tak punya kuasa kebal untuk menyelamat dunia, mereka punya hati yang kaya raya tebal dengan kasih sayang untuk dibahagi-bahagikan kepada orang di sekeliling mereka.


Biarlah lambat mana pun, SELAMAT HARI IBU buat ratu hati kami; semua ibu di dunia. Buat bakal ibu pun boleh lah. Yang belum nak jadik ibu, tapi naluri nak jadik ibu dah meluap-luap pun tak dilupa.


Kamu sentiasa punya tempat istimewa dalam hati kami.


HER : Mungkin bila dah bergelar ibu satu hari nanti, baru aku tahu macam mana caranya bonda membahagi-bahagikan hatinya.

3 comments:

  1. so cepat2 la jadik ibu....syok tau...!

    ReplyDelete
  2. hussaini :
    hari bapa tunggu dulu, ok. huu

    dayah :
    sedang gigih berusaha lah ni :p

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.