Monday, January 19, 2009

Macam ni lah orang kita. Tak kira kat mana-mana. Tak peduli siapa. Tak kisah pukul berapa.

Pakai tudung hitam dan berjubah.

Aku duduk berteleku kat tepi tiang seri rumah kampung Melaka tu.

Sedang mengumpul kekuatan untuk menyeka air mata daripada terus merembes keluar membasahi pipi yang bukan macam pauh dilayang. Lalu melunturkan bedak kompak mahal yang ditempek kat muka secara segera untuk tutup ketidaksempurnaan yang ada.

Di tangan ada surah Yassin.

Di ruang tamu sana sekumpulan lelaki sedang mengelola tahlil secara bergilir.

Di depan ada Mak Teh tengah menyapu air mata dengan sapu tangan kecil warna biru. Sambil mengetap bibir menahan sebak yang tak terhingga.

Di sebelah kanan ada Cik Ida yang sedang tunduk, sembunyikan muka yang merah dan dah naik sembab. Bibir merah dia habis kering sebab terhidrat dek kerana tak sudah-sudah dibasahi air mata yang masin.

Tapi, orang-orang di sebelah kiri aku, bibir mereka, tak pernah berhenti terkumat-kamit.

Tak ambil peduli pun berapa baldi dah air mata aku, Mak Teh dan Cik Ida serta kaum keluarga yang tumpah pada dinihari tu.

Bila didekatkan telinga, dengarlah butir bicara mereka.


"Dia berdua pergi sana ada mesyuarat guru besar lah. Masa balik Johor lah kena."

"Eh. Tak lah. Diorang poie umah adik arwahnya kat Terengganu."

"Dia berlanggar dengan Honda Jazz yang makan jalan."

"Oh. Tadi kata langgar lari. Ada tiga kereta."

"Cedera teruk sangat ni. Langgar dengan lori agaknya."

" Anak-anaknya takde. Dia berdua je. Jalan-jalan lah agaknya."

"Camano jadik nye, eh?"

"Tu telefon bunyik. Jenazah dah sampai Gemencheh kot. Dekat dah ni."

"Belum lagi lah. Kat Muadzam lagi tadi. Tengah berhenti rehat. Ngantuk katanya. Mesti sampai lambat sikit."


("Kamu fikir lah apa dialog-dialog yang lainnya. Aku tak kuasa nak dengar dan imbas semula. Sebab aku menyampah. ")


Dalam satu majlis tahlil arwah, dalam pada sedang sebak menunggu jenazah orang yang tersayang tiba, aku umpama bergelumang dalam lumpur semata-mata untuk khusyuk meneruskan bacaan surah yassin tadi.

Hingga menyaringkan suara, melagukan Yassin dalam nada hampir manyamai Raaz, berperang dengan suara-suara sekeliling yang bercerita perihal yang mereka pun belum tentu tahu akan sah dan batil nya.

Yang kami; kaum keluarga terdekat pun belum tahu-menahu kisah sebenarnya lagi.

Aku dikelilingi oleh orang-orang seperti ini.

Yang memakai topeng seorang prihatin dan sedang berusaha memenuhkan tanggungjawab fardhu kifayahnya. Sedangkan di sebalik topeng tu, tak lain dan tak bukan, adalah si penjaga tepi-tepi kain orang.

Padahal kain sendiri terkoyak, dia tak sedar, dia terlepas pandang.

Aku dikelilingi oleh orang-orang seperti ini.

Yang berebut-rebut nak tengok muka arwah sewaktu kain kafan diselak, hingga sanggup bertolak-tolak dengan kaum keluarga arwah, yang tengah bertungkus-lumus berusaha nak seka air mata, sebab tak mahu jenazah rasa terseksa kalau air mata jatuh tatkala memberikan kucupan selamat tinggal.

Sampai hati mereka seksa jiwa raga kami, sibuk berhimpit sekali, semata-mata nak tengok jenazah dan kemudiannya berkata,

"Oh. Besar orangnya."


Terima kasih je lah sebab sudi datang ziarah.

Sudah-sudah lah.

6 comments:

  1. begitulah manusia. banyak ragamnya. kalau ditegur nanti, lain jawabnya.

    Btw, salam takziah utk keluargamu. tabahkan hati yer...

    ReplyDelete
  2. hmm betul3. selalu gak jumpe org2 cmtuh..dlm keadaan dah berusia pun kekdg tak buatkan diorg bersikap matang.mungkin jugak persekitaran diorang yang dah biasa mcm tu, smpai x terfikirkan perasaan org lain..

    sekadar pendapat..

    bebyk sabar ye kak ziha.

    ReplyDelete
  3. Xeea, ko kene tabah menghadapi org2seperti ini. keluarga aku pernah mengalami nya 5 tahun dlu.

    Oleh kerana mulut org2 ini, jenazah yg sdh dikapankan pukul 6 ptg yang patut dikebumikan terus terpaksa ditangguh sehingga malam.Hati aku lagi sakit ketika itu. Aku rasa mau saja di ganyang mulut2 itu.Tapi apakan daya aku, aku tahu Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Aku percaya, suatu hari nnt Tuhan bg dia merasa juga ape yang keluarga aku rasa.

    Dendam itu x pernah terlerai xeea. aku selalu menunggu khabar seperti ini berlaku pada org yang bermulut hantu itu...

    ReplyDelete
  4. Xeea...aper pun kata kata orang yang buat hati kte terguris, biarlah, jgnlah diingatkan, nnt hitam pulak hati kte. Banyak bersabar, suatu hari nnt, mereka akan merasai apa yang kte rasa. Tapi pada hari tersebut jangan pulak kte membalas apa yang mereka telah wat pada kte. Kte harus mendoakan terbaik untuk mereka jua.

    ReplyDelete
  5. mulut tempayan bleh ditutup, mulut manusia tak terlarat nak tutup...

    jgn difikirkan sgt, yg sakit hati, ko jugak...

    byk bersabar, dan bykkan senyum... aku tahu ianya mmg sukar, tapi percayalah, ia ubat yg mujarab...

    ReplyDelete
  6. hussaini : rambut sama hitam, hati lain2. mulut pun lain.

    anna : macam keladi. makin tua, makin miang. pernah dengar pepatah ni?

    oren : jgn dendam, juju. sampai bila pun tak tenteram. biar la org2 tu. tuhan je yg akan balas nanti.

    momo : we can forgive, but we'll never forget, right?

    zul : nak je aku tutup dgn selotape. hahaha (sedang senyum umpama suria)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.